E-resipi : 'Dapur Berasap'
Nama Kumpulan:
Team Dapur Berasap
Ahli Kumpulan:
Pendahuluan
Zaman teknologi menjadi semakin canggih, penggunaan internet berleluasa daripada mencari informasi, mencari kenalan sehinggalah mencari resipi untuk mengasah bakat masakan. Rata-rata rakyat di negara ini bijak menggunakan komputer dan internet malah mencari resipi masakan di dunia internet lebih mudah dengan penggunaan telefon mudah alih serta gajet seperti ipad , samsung tab dan sebagainya.
Objektif
- Mengasah minat dan bakat dalam bidang masakan dengan cara yang mudah iaitu melalui internet .
- Mengasah tahap kemahiran seseorang dalam mencari kata kunci resipi dari internet
- Membangunkan web yang interaktif dan mesra pengguna supaya mudah digunakan oleh semua peringkat umur.
- Menyediakan pelbagai jenis resepi dikategorikan mengikut beberapa kategori supaya laman web dapat memudahkan pengguna.
Sasaran pengguna
Pengguna terutamanya dari kalangan wanita, adalah dari pelbagai lapisan umur, agama dan budaya, minat dengan masakan serta tidak kira lokasi dari dalam negara atau luar negara.
Pernyataan Masalah
Masalah yang dihadapi apabila ingin mencari resepi di internet adalah info atau langkah-langkah yang tidak jelas, gambar yang tidak menarik atau tidak jelas, serta kesukaran untuk memasak mengikut langkah yang diberi atas sebab tiada tutorial yang jelas melalui saluran multimedia. Oleh itu, kami ingin menyediakan platform yang mesra pengguna, interaktif dan menarik kepada para pengguna internet untuk mendapatkan resepi masakan dari pelbagai pilihan.
Ringkasan projek


